Friday, July 10, 2015

Masih Tabah

Peneroka felda rata-rata yg ada di Malaysia ini hampir keseluruhannya dihuni oleh org melayu. Hanya beberapa kerat sahaja felda yg awal dihuni oleh cina dan India. Bagi gugusan felda Besout keseluruhan peneroka felda adalah org melayu.
      Pada satu ketika dahulu ketika perhimpunan sekolah ada seorang guru mempelopor cogan kata Best out untuk membakar semangat pelajar agar belajar bersungguh-sungguh dan berjaya keluar dari Besout agar menjadi the best. Pada masa itu menjadi satu fenomena untuk keluar dari Besout bagi mendapatkan title the best walaupun tempat yg mereka tuju itu bukanlah lebih baik dari gugusan besout ini. 
      Saya sendiri terpengaruh untuk belajar diluar Besout selepas tamat tingkatan 3 dan menyambung disekolah lain walaupun sekolah itu bukanlah terlalu baik dan menyebabkan saya kembali ke Besout semula pada tingkatan 5. Fenomena Best out ini pada dasarnya agak baik juga tetapi kesan tekanan bagi sesiapa yg tinggal di Besout juga lebih terasa lebih2 lagi peluang yg terhad untuk perkerjaan dan sebagainya.
      Namun begitu ramai juga usahawan yg berjaya disini kebanyakan mendapat sokongan kuat  dari   keluarga dalam bidang peruncitan, peniaga ikan, kontraktor , pengangkutan dan sebagainya. Ada antara mereka ini lebih berjaya  dari mereka yg keluar dari  Gugusan Besout tadi. 
      Sesuatu yg agak menghampakan di sini adalah penternak kambing yang wujud melebihi sepuluh kandang yg dikenal pasti dan ada yg bertahun lamanya tetapi bilangan kambing masih tidak melebihi seratus ekor walaupun bertahun terlibat dalam bidang perternakan ini. Kambing yg diternak di sini semuanya dari kambing daging yg mana perternakan di bawah 50 ekor bukanlah angka yg  berbaloi untuk penternak kambing daging berbeza dengan kambing susu. Bagi kambing susu bilangan 30 ekor sudah cukup untuk pulangan selesa. 
      Bagi penternak baru banyaklah ilmu yg saya timba dari mereka yg lama ini walaupun banyak kesilapan yg mereka lakukan namun ada juga ilmu yg berguna untuk dijadikan panduan. Walaupun begitu berat mulut untuk menegur dan memberi pandangan pada org lama kerana kebanyakan mereka percaya dengan apa yg mereka buat. Lagipun kawan pernah berpesan yg perternak kambing selalunya mempunyai timing yg tinggi dan saya agak bersetuju dengan pandangan itu.
     walaupun mereka sudah lama menternak, nama nama besar dalam bidang pertenakan ini masih belum menampakkan halatuju untuk membawa perternakan kambing ini menjadi lebih komersial dan menguntungkan. Apa yg wujud sekarang adalah lebih kepada saradiri dan tidak menguntungkan kerana masa yg banyak dihabiskan untuk kambing yg sedikit.
     Melihat dan membuat pertimbangan serta memberi komen adalah mudah, dan hasilnya kandang aku sendiri masih lagi belum menampakkan halatuju walaupun sudah setahun lebih beroperasi.



Maknya coco mati digigit anjing. Chika yg manja dah lahirkan chiko.

      

Ini ank coco..adik pada chika. Kembar ni dah jadi slow sikit bila maknya coco dah mati.mungkin kurang susu...

No comments:

Post a Comment