Friday, July 3, 2015

TUKAR KERJAYA



Minggu ini adalah hari yg baru dalam hidup aku. Setelah hampir 7 tahun bekerja sendiri dalam bidang pembinaan dan 11 sebelas tahun bekerja dengan pemaju kini aku telah melepaskan pekerja tetap aku(tukang) yg lebih 10 tahun ikut kerja(masa keja pemaju dulu dah curi2 buat sub). Memanglah hampir setahun aku sudah memiliki kambing tapi dalam ertikata hanya sebelah kaki dikandang dan sebelah kaki berada di tapak projek.
      Keputusan nekad yg aku buat untuk terjun sepenuh masa dalam bidang penternakan ini walaupun bidang ini masih baru dan masih belum menjanjikan pulangan yg betul betul dapat menampung keperluan hidup aku. Dengan berhentinya aku membuat kerja tukang pastinya income untuk perbelanjaan aku akan terjejas namun begitu keyakinan untuk berjaya membuatkan aku nekad.
    Sebenarnya mencari rezeki di kampung ini adalah cubaan untuk kali ketiga. Dua percubaan yg dibuat dahulu gagal dan kali ini kepulangan aku sinar kejayaan sudah berputik. Walaupun putik yg tumbuh itu bukanlah datang dari kandang kambing. Kambing pada tahap ini belum mencecah target iaitu untuk menghasilkan 10 anak sebulan. Bulan lepas pun sekadar 5 anak dan bulan ini baru 2 anak walaupun bulan mei telah sampai kepenghujung. Walaupun pulangan dari kandang kambing belum dapat tetapi kini aku telah mengusahakan ladang bapa dan selepas raya, ladang mertua juga akan dipajak. Biarlah org tua pencen dan aku mewarisi pekerjaan ini pula dan mencuba idea idea baru dalam tanaman sawit. Hasil dari ladang ini sekurang kurangnya dapat menampung perbelanjaan untuk kandang kambing....




Sekadar gambar hiasan.

No comments:

Post a Comment