Friday, July 17, 2015

Assalamualaikum...
Bulan ramadhan muncul lagi dan buat sekian kalinya aku tewas lagi seperti azam-azam di tahun lepas yg aku cuba  untuk meninggalkan nikotin dalam hidup. Memang sukar untuk membuang tabiat buruk ini lebih2 lagi ia sudah sebati dalam diri.
      Rata-rata penagih tegar nikotin memang melalui gandaan dugaan bila melalui proses berpuasa, selain menahan diri dari lapar dan dahaga tarikan keperluan nikotin lebih kuat terasa lebih2 lagi bila berlaku tekanan kerja dan seumpamanya.
     Ramai teman2 yg berjaya membuang tabiat ini bila menjelang ramadhan kerana dengan berpuasa disianghari pertahanan terhadap ketagihan menjadi kuat dan disambung dengan aktiviti malam seperti tarawikh peluang untuk berhenti dari menjadi penagih nikotin adalah cerah.Namun begitu tahun ini saya masih gagal....kena usaha taun depan pulak...


Tunjuklah gambar org kena apa pun...geng nikotin tetap taat. Cuba lagi ramadhan akan datang..insyaAllah...
Selamat hari raya maaf zahir dan batin...

No comments:

Post a Comment