Friday, July 31, 2015

ANAKKU SAYANG....

Anak perempuan ambil kos ruminan...



Taklimat untuk ibu bapa....x dengar sebab sound system tahap yg patut disimpan di muzium




Kolej pertanian malaysia, bukit tangga, Bukit Kayu Hitam Kedah. 




27 julai 2015, hari pendaftaran agak kelam kabut. Pihak pengurusan harus buat post mortem dan memperbaiki agar kesilapan yg sama tidak berulang..

20 tahun dahulu aku belajar di polimas jitra dan kali ini menghantar anak perempuan untuk sambung pelajaran dalam bidang ruminan di kolej pertanian malaysia bukit tangga. Memang agak sentimentel jugak bila terpaksa meningalkan anak jauh ditempat orang.
     Aku sangat berharap agar anak aku dapat belajar bersungguh-sungguh dan menyambung legasi pembiak kambing yg aku usahakan sekarang. Walaupun minat dan pengetahuannya zero tentang kambing tetapi pemergiannya kesana bukanlah paksaan dari aku. Setelah mendapat surat tawaran aku menyarankan untuk buat solat istikharah kerana aku sendiri tiada keputusan walaupun aku yg mencadang untuk memohon kursus berkenaan. Setelah 2 kali buat solat istikharah anakku mengambil keputusan untuk kesana..perasaan aku tetap gusar dalam gembira kerana market dalam bidang pertenakan ini agak terbatas sekarang namun aku sentiasa berkeyakinan ada cahaya didepan. 
     Aku perlu menggandakan usaha untuk mengembangkan projek ternakan kambing yg ada demi membuktikan yg bidang perternakan ini mempunyai masa depan yg cerah walaupun hakikatnya peratus kejayaan dalam bidang ini sangat kecil kerana berbagai halangan yg mendatang. Hanya orang yg telah terlibat secara langsung dalam bidang ini sahaja yg mungkin mengerti tentang betapa peritnya untuk sukses didalam bidang ini. Good luck Noorhanim....anakku sayang

No comments:

Post a Comment