Wednesday, February 18, 2015

VETERINAR


ASSALAMUALAIKUM....
Sudah lama rasanya blog yg ada x di updatekan kerana beberapa minggu ini menguruskan kandang untuk phasa 2. Walaupun dalam skala yg kecil tetapi berat juga untuk orang yg kurang modal seperti aku bagi menjayakan projek ini dan InsyaAllah pada Selasa depan sebanyak 40 ekor kambing betina akan di masukkan kedalam kandang. Target awal ialah 50 ekor tetapi agak sukar untuk mendapatkan kambing dari penternak yg rata2 mereka hanya menjual kambing jantan.
        Ada juga penternak yg ingin menjual sekandang bagi menutup operasi tetapi melihatkan tahap kambing yg telah inbreeding menyebabkan aku lebih berhati2 untuk kali ini supaya pisang x berbuah 2 kali walaupun seperti biasa penjual pasti bermulut manis meyakinkan bakal pembeli yg barangnya baik.  Kalau barang baik kenapa perlu tamatkan operasi maka berjela-jela alasan yg diberi.
      Sebelum ketibaan kambing minggu depan aku telah pergi ke pejabat veterinar terdekat iaitu pejabat veterinar Slim River yg jarak perjalan untuk sampai kekandang mengambil masa 15 minit perjalanan. Rasanya ini kali keempat aku telah sampai kesini walaupun orang veterinar Slim River belum pernah sekalipun sampai ke kandang aku setelah 7 bulan beroperasi dengan pelbagai alasan. Pernah sekali ketika adik aku melaporkan kambing sakit dan pegawai yg berkhidmat bertanyakan mengapa tidak bawa kambing yg sakit ke pejabat untuk dirawat. Sebelum terlibat dengan perternakan kambing memang banyak terbaca tentang keluhan  warga penternak tentang pelbagai masalah birokrasi dengan pejabat veterinar.
       Walaubagaimanapun masih ramai lagi pegawai dari veterinar begitu komited dengan kerja seperti pegawai veterinar dari pejabat veterinar Teluk Intan yg 2 kali dapat hadir ke kandang kambing aku yg pertama disana walaupun ketika itu kambing yg ada hanya ada enam ekor dan tempoh menternak kambing di sana pun hanya 2 bulan lebih. Begitu juga pegawai dari pejabat veterinar Tapah yg telah 2 kali sampai ke kandang Besout sebanyak 2 kali. Namun aku sendiri faham yg pegawai dari Tapah memerlukan komitmen yg tggi untuk sampai ke kandang aku kerana jarak yg jauh melebihi satu jam perjalanan.
       Bila ditanya pada pegawai yg bertugas di pejabat verinar Slim River  untuk pengambilan darah bagi kemasukan kambing baru sehingga hari ini sudah sepuluh hari jawapan untuk mendapatkan tarihk  yang membolehkan mereka datang juga tidak ada. Bayangkan begitu ketat sekali jadual mereka untuk turun kekandang bagi memberi perkhidmatan. Jika keadaan ini terus berlaku apakah sebenarnya sumbangan veterinar dalam membantu penternak kecil yg memang memerlukan bantuan bagi memajukan bidang perternakan ini. Mungkinkah mereka menunggu sehingga menteri turun barulah mereka dapat memberikan perkhidmatan yg cemerlang.



Kambing berkopiah ......


Kambing berkopiah ......

2 comments:

  1. dari segi rawatan untuk pnyakit den rasa lbih elok kita blajar sndri dr mnghrapkan bntuan luar..lbih mudah dsaat kritikal..den hnya jmput JPV datang untk bt ujian darah dan prmhonan bantuan.hehe..slalunya diorg akan dating survey dulu layak ka xlayak..

    ReplyDelete
  2. Yang paling pelik bila beli ubat ngan vet. resit mesti x bole dapat. Susah nk masuk dalam akaun syarikat. Veterinar x audit stok ubatan diaorang ker atau.....ntah lah mmg pelik. Resit rm 1 klu gi klinik satu malaysia bole kuar. Rm puluh2 x ade....

    ReplyDelete