Friday, February 27, 2015

FASA DUA SUDAH BERMULA
Assalamualaikum...
Syukur kepada yg maha pemberi kerana proses kemasukan kambing untuk fasa kedua telah berjalan dengan lancar dan telah terlaksana awal seperti yg dirancangkan. Target asal kemasukan kambing adalah pada ujung Febuary dan sekarang sudah selesai walaupun jumlah kemasukan hanyalah 30 ekor walaupun target asal ialah 50 ekor kerana kesukaran untuk mendapatkan stok ibu kambing.
      Untuk memasukkan kambing lagi mungkin satu kerja yg sukar kerana kambing yg sedia ada ini perlu disesuaikan dahulu untuk tempat baru bagi mereka. Proses ini juga mengambil masa yg agak lama bergantung kepada berbagai faktor dan kebijaksaan pengembala kambing. Sudah menjadi adat kambing-kambing yg lama akan menunjukkan perangai dan mejadi degil bila melihat kedatangan kambing kambing baru. Faktor ini juga salah satu yg menyebabkan perternak gagal jika kambing ternak berada sekali dengan kambing trading selain faktor virus dan sebagainya. Bila berlaku keluar masuk kambing di dalam satu kandang emosi kambi juga akan terganggu dan faktor ini juga bukanlah boleh dipandang ringan.
       Dalam program pawah yg kami jalankan untuk kaum keluarga mendapat sambutan yg sangat menggalakkan dan adik beradik aku seramai 7 orang kini memiliki kambing. Inilah kali pertama perniagaan yg aku jalankan yg paling mudah untuk membuat jualan sehingga stok yg ada tidak mencukupi dan untuk fasa ketiga yg dijangka akan siap menjelang hujung tahun ini juga tawaran masih belum boleh di buka kepada awam dan hanya untuk kaum keluarga juga.
       Walaubagaimanapun cabaran akan menjadi lebih berat kerana menjaga kambing milik org lain adalah lebih berat dari milik sendiri namun cabaran ini perlu digalas dengan sebaik mungkin walaupun kami adalah pemain baru dalam bidang ini yg membawa versi baru yang lebih menceriakan bidang peternakan kambing.



Ada penambahan ternakan. Jumpa ketika gembala, 2 ekor lagi dah pindah ke Kelantan.

No comments:

Post a Comment