Thursday, January 29, 2015

KANDANG BARU
Assalamualaikum...
Fasa kedua untuk kandang kambing kami sudah bermula untuk kerja-kerja pembinaan kandang bagi peringkat asas. Cadangan pembinaan kandang ini dibuat memanjang iaitu 100 x 12 kaki panjang kerana mengikut susunan kelapa sawit yg telah di tanam. Seperti kandang pertama juga kami akan menggunakan bahan binaan terpakai kecuali lantai yg memang perlu menggunakan kayu baru. Kos untuk membina kandang perlu di set up untuk mendapatkan harga yg paling minimum. sudah menjadi kelaziman kos membina kandanglah yg akan menjadikan penternak kambing pening kepala kerana harga bahan binaan dan kos upah adalah sangat tinggi. 
     Dengan modal yg kecil dan terhad memandangkan belum ada seekor kambing pun yg dijual dari kandang ini kami mesti memastikan kos membina kandang tidak melebihi RM 10000.00 untuk memastikan survival sebagai penternak berjalan lancar.  Kandang yg dalam pembinaan ini mempunyai 27 bilik untuk ibu kambing beranak. Petak beranak kandang nombor satu yg mempunyai 12 bilik sudah penuh dengan ibu yg mempunyai anak. Hanya bilik untuk kambing mengawan dan bilik sakit sahaja yg tinggal.
     Kelemahan membina kandang menggunakan bahan binaan terpakai adalah kandang dilihat daif walaupun struktur binaannya kukuh tetapi saya masih ingat pesan  otai otai yg sudah lama berkecimpung dalam bidang ini agar tidak ghairah untuk mencantikkan kandang dan yg paling utama dalam penternakan adalah mencantikkan kambing yg hendak diternak.
   Walaubagaimanapun kerja-kerja pembinaan berjalan agak perlahan kerana kami bukanlah ada dateline yg perlu dikejar kerana modal yg digunakan untuk fasa kedua ini adalah dari modal sendiri tetapi masih meletakkan target untuk memasukkan kambing induk sebelum berakhir bulan Febuary depan. Pengalaman membina kandang pertama yg agak kelam kabut kerana kambing telah ditempah walaupun kandang belum siap. Untuk fasa ini induk kambing yg hendak dibeli dalam 50 ekor langsung belum di survey selagi kandang belum siap. Pengalaman untuk fasa pertama menjadi ilmu yg sangat berguna.
    Banyak kesilapan yg terjadi semasa memulakan perternakan kambing samada disengajakan atau terpaksa kerana keadaan yg tidak mengizinkan seperti  kos bekalan yg  air  paip yg dikira langsung tidak masuk akal kerana Lembaga air paip telah mengenakan syarat baru atas arahan SPAN iaitu pembayaran wang hangus yang tinggi sehingga berbelas ribu ringgit walaupun jiran saya hanya menanggung kos sebanyak seribu lebih sahaja atas kerja yg sama. Bezanya cuma dia memulakan awal 2 bulan dari saya kerana undang-undang pelik ini bermula august 2014 dan saya memohon pada sebulan selepas itu. Ini juga salah satu tekanan untuk para penternak baru yg ingin memulakan perternakan kambing atau perniagaan
 seumpamanya. Selamat maju jaya


Pakai jer apa yg ada. InsyaAllah end of febuary bole masuk lagi 50 kambing

1 comment: