Wednesday, November 5, 2014

KONSISTEN

Dalam bidang perniagaan berbagai cabaran yg perlu dihadapi bergantung kepada kapasiti perniagaan. Sebut pasal perniagaan ramai org kita memang berminat dengan berniaga. Faktor persekitaran org kita juga semakin mendorong masyarakat memilih untuk berkerja sendiri. Masyarakat melayu sememangnya bekerja sendiri sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu dengan menjadi petani dan nelayan. Keadaan begitu menjadikan org melayu ramai yg mempunyai harta yakni tanah walaupun mereka kekurangan wang. Datuk dan moyang kita dulu jika meninggal pasti mewariskan tanah ataupun sedikit wang kepada anak cucu. Jarang sekali kita mendengar mereka mewariskan hutang ataupun mereka muflis.
       Kita mungkin berpandangan bahawa masa dahulu tanah banyak dan mudah diteroka, pandangan itu sebenarnya kurang tepat ,walaupun kapasiti tanah yg luas tetapi tanpa ketabahan dan kerajinan bukanlah sesuatu yg mudah untukmeneroka tanah waktu dahulu kerana ketiadaan mesin dan juga keperluan asas seperti elektrik,air dan jalan. Ketabahan dan semangat yg jitu yg banyak memainkan peranan.
         Selepas penjajahan British yg membawa masuk buruh asing dan teknologi yg lebih baik,generasi selepas merdeka lebih senang bekerja makan gaji walaupun menjadi peon dipejabat2 kerajaan. Satu ketika dahulu diera 80an bila anda dapat menjadi tentera maka mudahlah untuk anda meminang anak dara dan ia telah menjadi trend di seluruh negara. Ibu pasti tersenyum bila melihat menantu bergaji tetap walaupun hakikatnya selepas 20 tahun  barulah muka ibu menjadi kelat bila menantu sudah tamat perkhidmatan. Sindrom ini sebenarnya adalah buruk bagi sesuatu bangsa kerana dengan hidup makan gaji masyarakat menjadi beku dan kurang kreatif kerana kurang mendapat cabaran dan berada di zon selesa.(bukan semua org...sebahagian jer).
       Bagi ahli perniagaan atau usahawan yg berjaya diusia muda,ramai yg dilihat cepat bosan dengan apa yg diusahakan dan mula membuat kerja sambil lewa atau kurang komited berbanding mereka mula2 menjalankan perniagaan dahulu. Sayangnya ramai yg gugur tanpa sempat mewariskan pada generasi berikutnya. Banyak syarikat2 yg wujud satu ketika dulu yg gah di negara kita kini namanya pun tidak kedengaran lagi berbanding syarikat2 cina yg boleh diwariskan sehingga ketiga generasi.
      Aku sendiri pun sudah bosan dengan bisnes kontraktor binaan kerana ada halangan yg besar yg rasanya sukar untuk dihadapi. Ini bukan beerti aku tidak mampu bersaing secara sihat cuma aku x pandai bersaing secara x sihat.(aku pun kena sindrom nak tukar kerjaya atau nk buat macam2 dan mula buat macam alasan agaknye)
       Setakat ini aku masih lagi menjadi kontraktor dan kerja menternak kambing ini aku hanya pantau sahaja. Target dalam 3 tahun aku nak framekan lesen kelas F. Kalau kambing bertambah lerrr...bela kambing ni warisan para nabi tapi buat kerja kontraktor ni warisan namrud sebab namrud yang mula mula membuat binaan menggunakan batu yg dibakar(bata)

3 comments:

  1. ade tempat kayu murah tak? yang dekat2 dengan hulu bernam/tanjung malim

    ReplyDelete
  2. Kat pekan sungkai,jalan nk masuk stesyen ketapi tu murah sikit la pada market price

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bos. Ada masa nak melawat kandang la

      Delete