Monday, November 3, 2014

GEMBALA KETIGA

Pada awal menternak kambing aku jaga sendiri jer, ye la ada enam ekor jer pastu dekat area Teluk Intan jadi mudahlah aku jaga sambil buat kerja lagipun ramadan mmg aku tolak banyak kerja dan aku buat kerja yg kurang komitmen, so masa yang banyak tu aku guna untuk bermanja ngan kambing kambing yg ada sampai 3 ekor kambing yg aku jaga tu beranak sebab masa beli hari tu mmg dah bunting. Semua kambing beranak satu, ibunya dari jenis boer croos.
    Betul la org cakap kalau masa kambing beranak mmg best. Excited sangat isteri aku cakap mengalahkan masa dia nak melahirkan anak dulu(cemburu la tu). Bila melihat begitu mudah bela kambing mulalah aku aturkan rancangan menternak yg lebih mega dan masalah di Teluk Intan ni tanah dan kandang yg aku guna tumpang orang punya. Untuk membesarkan operasi rasanya kalau seratus ekor kambing pun x cukup kawasan lagipun tuan tanah tu aku bukan rapat sangat walaupun orangnya kira cincai la. Pikir punya pikir tu yang aku mula nak menternak kat tempat aku membesar iaitu Gunung Besout. Sudah sampai masanya aku kembali ke kampung halaman dan memajukan kampung aku sendiri.
       Operasi kambing memerlukan komitmen yg tinggi kalau nak bela dalam skala yang besar,jadi aku pun ajak la adik aku join sebagai rakan kongsi walaupun modal semua aku yg pump. Adik aku bersetuju dan terus hantar notis sebulan untuk berenti kerja dan jadi gembala kambing sepenuh masa. Belum sampai sebulan dia dah surender dan minta berenti jadi gembala, ye la dah dekat 20 tahun duduk KL tetiba nak jadi peternak kambing mmg berat kot.
        Gembala kedua ni orang kuat aku, dia memang kerja ngan aku kat Teluk Intan ni, jadi apa yang aku offer kat adik aku aku offer jugak kat kawan aku..1.5k sebulan dan 10% keuntungan.(untung ntah bila). Kawan aku ni kerja ok,rajin dan komited tetapi bila kambing mati keguguran sebanyak 3 ekor berturut-turut dalam seminggu dia pun dah goyang dan nak tarik diri sebab rasa kurang pengalaman.
        Kini aku masukkan gembala 
ketiga, kawan aku jugak(kira-kira ni syarikat kroni la. Tu sebab aku x heran kalau syarikat cina suka letak boleh menguasai bahasa Hokien   adalah satu kelebihan. Kalau kita ada syarikat tentu kita dulukan kroni jugak.) Tapi berbeza kalau kita pegang amanah org ramai, jgn suka2 kroni sampai jadi nepotisma, jawabla. 3 bulan 3 gembala....50 ekor je, tapi gembala ketiga ni rasanya bole bertahan kot...hehehe cabaran dalam cabaran.


Gembala kedua dihari terakhir di kandang ....

2 comments:

  1. moral gembala pasti jatuh kalau kematian berterusan... bagi gembala baru tak tertanggung rasa kecewa... hmmmmm

    ReplyDelete
  2. Sabar,cari punca kesilapan tu.BELAJAR DARI KESILAPAN kunci paling besar.BUKAN SEMUANYA MUDAH TAPI TIDAK SEMUANYA PAYAH.Selamat menternak

    ReplyDelete