Sunday, November 9, 2014


IMUN

Sungguh teruk melihat serangan ulat terhadap pokok kelapa sawit yg dihadapi peneroka ggusan Besout 2. Serangan ulat ini begitu cepat walaupun pokok berkenaan telah diberi racun pengawal ulat. Apabila pokok sawit telah terkena serangan ulat ini ia mengambil masa satu tahun untuk pulih. Kecepatan ulat ini memusnahkan pokok sawit adalah dengan menghisap zat daun pelepah sawit dan hanya memakan sedikit sahaja daunnya menyebabkan pelepah menjadi kering dan mati. Untuk satu pokok sawit dewasa ulat ini hanya mengambil masa satu hingga kedua minggu sahaja walaupun ulat ini hanya sebesar kerengga. Memang serangan ini memeningkan peneroka dan pihak felda. Apa yang aku nampak disini ulat ini telah imun dengan racun yg disuntik kepada pokok kerana walaupun pokok sawit baru disuntik namun serangan ulat tetap berleluasa. Kajian mengenai ulat ini perlulah dipercepatkan dalam mencari jalan penyelesaian kerana jika ia betul2 merebak ia boleh menjejaskan industri kelapa sawit malaysia.
      Pada aku inilah kelemahan ubat ubatan dan racun yang mengadungi kimia kerana kita bakal melahirkan organisma yg lebih ganas dan efisien dalam memastikan survival mereka terselamat. Ulat bungkus ini juga agak baru kehadirannya mengantikan ulat bulu yang memakan daun. Dahulu ulat bulu yg ditakuti kerana suka makan daun tetapi serangan ulat bulu agak perlahan kerana ia betul2 makan daun berbeza ulat bungkus ini memakan hanya sebahagian kecil daun sambil menhisap zat daun sawit.
     Persoalan yg nak aku timbulkan disini ialah inilah risiko-risiko yg bakal dihadapi penternak ruminan bila kita terlalu bergantung kepada ubatan yang mengandungi kimia yg kita sendiri akan menjemput organisma baru atau musuh baru ruminan yg lebih brutal. Sudah sampai masanya kita perlu lebih banyak menggunakan ubatan tradisional yg lebih alami dan mesra alam. Lagipun kebanyakan ubatan kimia ini bukan buatan orang kita dan kebanyakan barangan import.
     Alamak kambing mati lagi sekor lepas kena suntikan puru...sabor je la......

6 comments:

  1. X tau sebab org veterinar yg suntik. Sye ni penternak baru...ikut jer dan amik risiko

    ReplyDelete
  2. Alwi....mana lebih risiko suntik kaki depan @belakang?

    ReplyDelete
  3. tmpt den pun dh kena serangn ulat bungkus ni..Felda ada bg ubat yg tebuk dlm pokok sawit tu..tp xnmpk lg kberkesanannya..

    ReplyDelete
  4. Aku dah bagitau kat org veterinar tuan alwi x bgi suntik kaki belakang tapi dia suntik jugak. Dia kata ok. Esoknya kambing x leh bgun lepas 2 hari trus tido. Besar la plak kena korek lubang sebab yg mati tu 30kilo lbih

    ReplyDelete