Saturday, November 1, 2014

CABARAN DALAM MENTERNAK KAMBING.

Kebanyakan kambing aku adalah dari jenis kacang atau kampung lebih kurang 70% dari keseluruhan kambing. Pure kacang sebab dari pembacaan kat blog dan lawatan lawatan kandang yang dibuat memang jenis kacang yang mudah dijaga dan tahan lasak dari penyakit. Agak malang sekali kambing dara jenis kacang yg berumur 8 bulan telah gugur akibat cirit birit selama seminggu dan dari pemerhatian mungkin disebabkan makan rumput israel@ rumput nyonya terlampau byk dan malang sekali kawasan ragut di sini 90% adalah dari rumput ini. Kes sebegini memang memeningkan buat penternak baru macam akuni. Bila menghadapi cabaran yg begini memang longlai lutut dibuatnya dan bila pikir modal dah byk dilaburkan rasa menyesal jugak nak bela kambing...hahaha.
       Semangat menternak kambing harus diteruskan..rumput israelni kambing mmg suka tetapi kalau berlebihan dia alami cirit birit tetapi bukan semua kambing kena dan mungkin generasi kedua kambing akan bersedia menghadapi situasi ini, jika kambing kambing tidak bersedia menghadapi keadaan ini risiko ttp kandang amat tggi sebab mmg rumput nyonya ni yg banyak kawasan felda besout ni. Impian untuk memegang rekod mempunyai kambing melebihi 2000 ekor sangat samar..ai├Či tinggi cita-cita tu.







No comments:

Post a Comment