Friday, October 31, 2014

EMPAYAR KAMBING BESOUT


Salam sejahtera......
Sebenarnya aku baru belajar nak tulis blog
ini pun sebab aku dah terlibat dalam penternakan kambing yg bermula pada bulan tujuh 2014.....wah baru sangat bukan setakat setahun jagung ni boleh panggil sebulan jagung la agaknya.
Aku pun x pasti camana idea bela kambing ni aku realitikan sebabnya risiko bela kambingni cukup tggi dan perlukan komitmen yg tinggi jugak tapi aku sebenarnya dah kursus bela kambing tahun 2008 dan kalau ikut pengiraan masa kursus tu memang sukar nak bela kambing sebab yang bagi kursus galakkan bela kambing makan tanggung dan bila dicongak-congak memang risiko gagal sangat tinggi dan yang pastinya yg bagi kursus tu memang untung walaupun masa lawat kandang kambing diaorang sekor kambing pun x de. Rasanya ilmu kursus tu pun memori kat otak aku dah x simpan kot. Stail yg mudah diambil untuk memulakan projek kambing ni aku beli 6 ekor kambing boer cross berharga 3000 ringgit. Mula mula bela kambing mmg rasa ghairah dan ghairah. Atas sebab keghairahan tu aku buat kandang yang agak besar yg boleh muat 90 ekor kambing dan keluarkan modal dlm 30k. Kandang aku siapkan dlm 8k, pagar 5k untuk 6 ekar dan selebihnya aku buat modal beli kambing dan keseluruhan kambing yang ada sekarang dalam 53 ekor kesemuanya. Induk betina ada 30 ekor termasuk dara. Bila kambing dah byk barula nampak kepayahan bela kambing....aduhhhhhhhhh

 kandang kambing seadanya.

Anak sulung dikandang ini jenis kacang...








3 comments:

  1. tahniah tuan tahniah. kontraktor terjun bela kambing, bagus gak nye. tak penin2 nak bertukang

    ReplyDelete
  2. Selamat menternak tuan halim..smoga beroleh kejayaan dlm kdua2 bidang pembinaan dan perkambingan..

    ReplyDelete