Saturday, October 31, 2015

RACUN

Di ladang kambing besout kami mengamalkan sistem gembala kambing dalam radius sepuluh kilometer. 
     Sesuatu yg pelik yg kami alami ialah lebih kurang 15 bulan mengembala kambing, langsung tidak menemui seekor jenis ular pun samada yg berbisa atau ular biasa. Teringat aku 30 tahun yang dulu melihat ular adalah sesuatu yg lumrah bila berada dalam kebun sawit malah aku pernah melangkah atas ular senduk ketika melihat jerat burung ruak-ruak di kebun. Namun berkat doa nabi nuh yg diajar guru metematik ketika darjah enam yg selalu aku amalkan bila masuk hutan menyelamatkan keadaan walaupun ular itu sudah kembang dan bersedia untuk mematuk.
     Pada awalnya keadaan ini cukup aneh bagi kami kerana langsung x menemui ular, dan hasil penelitian kami mungkin ini adalah kesan racun rumpai dan baja kimia yg begitu kuat menyebabkan habitat ular menjadi begitu kurang dan mungkin pupus dikawasan ini. 
     Penggunaan racun rumpai adalah lebih efisien serta menjimatkan kos untuk pengawalan rumpai tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yg kurang baik terhadap kesuburan tanah. Keadaan ini juga akan menghasilkan rumput baru serta organisma baru dari hasil evolusi serta mutasi tumbuhan dan juga organisma. Rumput baru serta organisma baru ini biasanya kurang baik untuk manusia dan juga binatang ternakan.
      Lama kelamaan juga rumput dan juga organisma baru ini bakal memberikan impak yg kurang baik bagi penternak dan juga petani kerana hasil dari mutasi rumput dan organisma ini biasanya hidupan ini terhasil dari kesan kimia yg kuat dan bukan semulajadi.
     Langkah-langkah yg diambil oleh kami adalah mengharamkan penggunaan racun rumput bagi kebun kami serta memaksimumkan penggunaan baja tinja kambing untuk pokok sawit disekitar kandang seluas sepuluh ekar ini. Untuk mengawal rumput pula kami menggalakkan rumput padang membiak kerana rumput jenis ini lambat tinggi dan proses pemotongan rumput juga menjadi lebih mudah. Pada peringkat permulaan memanglah menjadi agak sukar kerana anak pokok senduduk dan rumput nyonya begitu cepat membiak namun dengan memotong rumput menggunakan mesin dan menggalakkan rumput padang membiak, semakin hari anak senduduk dan rumput nyonya semakin berkurang.
       Kelebihan yg didapati tanah menjadi lebih subur dan hasil sawit lebih meningkat berbanding menggunakan cara meracun rumput. Walaupun gugusan besout menghadapi situasi serangan ulat bungkus yg dasyat namun ladang bawah jagaan kami masih maintain mengeluarkan hasil 11 hingga 13 tan sebulan untuk keluasan 10 ekar.
      Kami hanya memulakan konsep ini dan berharap pihak pengurusan felda dapat membuat kajian yg lebih mendalam demi kehidupan yg lebih baik untuk generasi akan datang. Mungkin waktu sekarang sistem racun dan juga penggunaan bahan kimia masih sesuai tetapi akan sampai waktu dimana penggunaan bahan kimia akan menjadi mudarat bilamana tanah2 menjadi semakin hilang kesuburan.
Mmmm...nk tengok pepatung ngan rama2 pun dah susah........anjing kurap bertambah banyak....fikir-fikirkanlah.


satu hari nanti nak mandi parit macamni pon dah x boleh bila terlalu byk bahan kimia dalam air dan tanah...









Bilakah kali terakhir anda melihat rama-rama....


3 comments:

  1. En boleh tau bela kambing di mana? Nk dtg tgk. Br nak mula bela kambing.

    ReplyDelete
  2. En boleh tau bela kambing di mana? Nk dtg tgk. Br nak mula bela kambing.

    ReplyDelete
  3. Felda gunung besout...0165577175. Tuan dari mana

    ReplyDelete