Sunday, November 15, 2015

What up, twitter dan facebook
Aku sebenarnya baru berkenalan dengan whats up walaupun sebelum itu berkali2 family aku ajak join group family. Ketika awal ledakan whats up ramai rakan2 yg mengatakan berapa pentingnya whats up dalam memudahkan untuk menyampaikan maklumat. Aku agak fobia kerana ayat seperti inilah yg teman aku gunakan kira2 15 tahun dulu bila berlaku ledakan internet. Kata kawan aku jika aku tidak pandai menggunakan internet satu hari nanti aku akan jadi seperti org buta huruf pada abad akan datang. Hasil yg aku lihat tidak banyak internet memberi manfaat padanya serta aku tidaklah ketinggalan sangat walaupun aku memang lemah dalam mengusai internet. Semua kerja2 buat blog,facebook dan whats up anak aku yg uruskan untuk aku. Dan yg paling teruk bila bil internet untuk syarikat aku yg terpaksa tanggung atas salahguna rakan kongsi aku yg mengatakan internet sangat berguna..bil tertunggak sehingga rm 1700. Projek x masuk2 juga dan akhirnya syarikat terpaksa ditutup.
      Memang aku akui segala kemudahan internet ini sangat baik dan sangat bermanfaat. Namun begitu berapa ramai antara kita yg menerima manfaatnya. Rata -rata kita adalah pengguna yg lebih terlibat dalam mengambil faedah hiburan dari manfaat lain yang lebih luas. Keterujaan dalam melayari internet untuk tujuan manfaat untuk kerja dan seumpamanya hanyalah diperingkat awalan, selebih serta selanjutnya hanyalah hiburan yg membuang masa. Segala data dan paperwork yg diimpikan hanyalah menjadi khayalan. Wal asal balik asal. Dah penat x tau nak buat apa tambah pulak main game.
      Inilah yg menjadi faktor aku agak lambat terlibat dalam whats up. Bila dah join group tambahan pula group bekas rakan sekolah, aku menjadi sangat teruja dan menghabiskan masa berjam-jam berwhats up tambahan pula group aku sangat aktif sehingga beribu sehari mesej yg masuk. Kesannya amat buruk terhadap prestasi kehidupan harian dan juga keluarga, isteri dah mula merajuk bila handpon x berenti ditangan dan tersengih-sengih sendirian. Ketenangan semakin hilang dari hidup yg semakin sibuk. Anak-anak semakin jauh, buku dan Al-quran pemberi ilmu diketepikan. Semuanya kerana obses dengan gajet. Ada juga 2 tiga rakan sekolah yg bertaut cinta lama walaupun masih berkeluarga...skandal yg memalukan. 
      Akhirnya aku tinggalkan group, hanya wasup keluarga dan golongan penternak, facebook pun cuba kurangkan komen, hanya baca sekali imbas...hidupku dapat seperti dulu...terlalu byk perkara yg bagi fikiran stress, kenapa perlu ditambah lagi....

Bawa anak gi mancing..aktiviti luar yg jimat.

Aktiviti bersama keluarga amat penting..

No comments:

Post a Comment