Wednesday, August 19, 2015

PENJUALAN KAMBING PERTAMA

Assalamualaikum....

Pada akhir ramadan yang lalu kami telah mengambil keputusan untuk menyembelih kambing dan menjualkan untuk jiran sekitar menyambut syawal. Cadangan awal untuk menyembelih 7 ekor kambing tetapi akhirnya hanya empat ekor kambing sahaja yg disembelih.
     Semua kambing yg disembelih itu adalah betina yg menurut kami perfomencenya tidak memberangsangkan seperti lembab ketika dibawa gembala dan berat badan masih ditahap lama walaupun bermacam kaedah yg telah dilakukan serta mandul dan ada juga kambing yg disyaki inbreeding. Semua kambing ini di beli dari kandang lain. Pengalaman membeli kambing induk yg tidak sesuai diternak ini( walaupun harga standard) menjadi pengalaman berguna untuk masa mendatang serta menjadi peringatan agar kami juga mengelakkan melakukan perkara yg sama terhadap penternak lain dalam mencari keuntungan.
      Semasa menyembelih kambing juga kami mendapati teori yg mengatakan kambing yang sudah mengandung tidak akan dipanjat lagi oleh penjantan juga didapati tidak benar kerana ada kambing bunting yg disembelih itu juga telah bunting walaupun penjantan masih lagi memanjat. Mungkin teori ini berbeza untuk setiap kandang termasuklah hal2 lain yg kadang kala memeningkan kepala penternak baru seperti kami. Walaubagaimanapun kambing yg bunting itu untuk kelahiran yg lepas anak yang diperolehi tetap bantut kerana induk yg kurang baik sukar untuk menghasilkan baka yang baik.
       Pengalaman berniaga daging kambing juga langsung kami tidak ada(sehingga hari ini aku belum pernah sembelih kambing). Semua kerja-kerja penyembelihan dan melapah kami mengupah rakan dan menjual daging dan kas-kas dengan harga 30 ringgit sekilo memanglah sesuatu yang sangat merugikan. Walaupun begitu keterujaan Hasmady(rakan kongsi) yang mendapat semangat baru bila melihat duit masuk dan begitu juga dengan aku walaupun separuh dari modal membeli kambingpun kami tidak perolehi.
      Walaupun telah menjual dengan harga yg murah, ada juga pelanggan yang masih meminta kurang. Begitulah adat bila berada di kawasan pedalaman felda ini yang rata-rata orang luar melihat mereka terdiri dari orang-orang yang senang sedangkan hakikatnya kebanyakan peneroka felda sangat berjimat cermat dalam berbelanja serta ramai yang masih banyak hutang kerana membina rumah walaupun usia telah melewati enam puluh tahun.
      Sebenarnya aku masih mencari kaedah bagaimana kas-kas yang diimport boleh dijual dengan harga yang murah sedangkan mereka melalui banyak kos seperti kos transport, kos pemborong, peruncit dan juga kos menyimpan tetapi masih lagi kita tidak dapat melawan harga yg mereka tawarkan.
      Bila terlibat dengan industri penternakan kambing ini aku sentiasa mengkaji untuk meletakkan harga kambing ini pada harga lantai agar kambing-kambing luar yang diimport tidak dapat dijual di negara ini. Sebagai player baru tekad ini langsung tidak pernah padam dan sentiasa membara dan terus membara. Ini juga menjadi jihad sebagai penternak agar kandang kami dapat memberi harga murah supaya ibadat korban dan akikah dapat dijalankan dengan mudah untuk orang Islam.
      Namun begitu resepi jualan murah dan menguntungkan ini belum lagi kami temui dan setakat ini kami hanya mampu untuk menjual RM 18 sekilo hidup. Untuk mencapai tahap yg lebih murah ilmu perlu dipertingkatkan lagi,  dan masa yg banyak juga perlu dicurahkan dikandang kambing. Jawatan aku lebih kepada pemikir dan mencari dana dan Hasmady yg banyak masa bersama kambing dan bekerja kuat.
       Setelah menghabiskan 140 ribu tidak termasuk gaji dan duit perjalanan aku selama setahun, kini aku bole menarik nafas lega kerana hasil pajak kebun dan hasil kandang sudah sudah mampu menampung gaji Hasmady dan juga maintanace kandang kambing. Bila perbelanjaan untuk menampung perjalanan perternakan kambing sudah diperolehi bermakna ruang kami untuk mengorak langkah sudah terbuka dan perfomance dan ilmu kambing yg kami miliki pun sudah bertambah dan meningkat walaupun perjalanan menuju untuk menjadi pemain utama masih jauh. .....Good luck




22 ekor ank utk bln Julai

5 comments:

  1. Assalamualaikum...tahniah tuan kerana dah brjaya mnjual kambing..Insyaallah dimurahkan lagi rezeki slepas ini hendaknya..

    ReplyDelete
  2. Blog tuan pun byk membantu saya ...thnk

    ReplyDelete
  3. salam taniah saya pun tercari cari kaeadah terbaik dlm ternakan kambing.sejujurnya saya juga gagal dalam ternakan kambing.muga allah permudahkan segala urusan kita. y-z aquaculture farm,

    ReplyDelete
  4. Kejayaan dalam ternakan kambing amat kecil. 100 org yg mencebur diri bawah 10 org yg berjaya. So far saya masih bertatih. Selagi kandang belum tutup anda masih mempunyai peluang untuk berjaya..kajian yg mendalam sebelum mencebur diri dalam ternakan amat perlu..

    ReplyDelete