Wednesday, January 21, 2015






MERCU TANDA

Dalam perjalanan untuk pulang ke Felda Besout aku melalui Selaba seperti biasa cuma kali ini rasa tertarik untuk bercerita tentang gambar bangunan ini. Memang menjadi minat aku melihat struktur  binaan yg terbaru atau mempunyai kelainan walaupun aku lemah dalam architecter. Melihat binaan yg tersergam sebegini mengikut anggaran kasar kos untuk menyiapkan binaan sebegini mungkin dalam lingkungan rm 2 juta bergantung kepada kemasan dalaman yg digunakan. Projek ini sudah melebihi 80% siap bina.
     Dengan kos yg begitu tinggi untuk menyiapkan bangunan ini walaupun tanpa dana yg diperuntukkan dari kerajaan mereka berjaya melaksanakan dengan begitu cepat dan kerja sentiasa rancak dengan ramai pekerja dan jentera-jentera berat bertungkus lumus untuk menyiapkan projek ini. Melihatkan keadaan kerja yg momentumnya bergerak seimbang pasti  kewangannya juga berada dalam keadaan yg stabil. Bayangkan projek rumah ibadat ini terlaksana adalah hasil donation yg besar dan pengurusan yg cekap dalam menjalankan amanah yg dipikul. 
       Kita jarang sekali melihat kaum yg bukan beragama Islam mengutip derma berbanding dengan org kita dimerata cerok tersedia tong tong yg sentiasa x penuh-penuh walaupun sudah lama ditadah lebih-lebih lagi dihadapan bank-bank atau tempat strategik yg lain. Sebagai umat Islam kita diberitahu yg sedekah itu sangat bermanfaat bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi juga. Keadaan ini menunjukkan yg org Islam memang culas untuk bersedekah ataupun penerima sedekah gagal melaksanakan amanah pengurusan sedekah.
       Lebih kurang setengah kilometer dari bangunan tokong ini sebelum sampai ke hospital Teluk intan ada sebuah kawasan lapang tapak masjid. Beberapa tahun dahulu sangat giat dijalankan kutipan derma untuk pembinaan masjid. Maka merata ceroklah tong tong derma ini bertaburan disana sini setelah mendapat kelulusan pihak berwajib dalam mengutip derma. Persoalan yg saya timbulkan disini bukanlah pengurusan tidak amanah tetapi kebanyakan yg berada dalam jawatan kuasa jahil dalam pembinaan sehingga mereka dimanipulasi oleh pihak ketiga iaitu konsultan yg dilantik untuk menguruskan projek berkenaan. Sepatutnya  mereka perlu melantik jawatan kuasa yg ahli dalam bidang pembinaan bagi memantau perjalanan projek untuk melihat pro dan kontranya sesuatu keputusan yg dibuat.  Akhir sekali wang lebih kurang rm 600k hanya ditumbuhi semak samun walaupun dahulu ada tanaman sawit.
      Sya juga pernah terlibat dalam pembinaan surau di sebuah sekolah di Teluk Intan. Sya meninggalkan jawatan kuasa pembinaan bila hanya perlu menjadi rubber stam untuk setiap keputusan yg dibuat. Jawapan pengerusi..sulit,sulit dan sulit mungkin risau sebab saya juga seorang kontraktor dan mungkin juga beliau khuatir saya mengetahui rahsia pembinaan serta sebelum tender dibuka. Pada awal dokumen tender yg disediakan sya sudah nampak kepincangan yg berlaku bukan sebab pengurusan tidak amanah tetapi mereka menguruskan benda yg bukan dalam bidang mereka dan akhirnya pada peringkat yg sangat asas iaitu baru dalam peringkat penyediaan tender pengetua sekolah ada memberitahu saya yg beliau telah tertipu dengan pihak konsultan dan mengalami kerugian berbelas ribu ringgit. Setelah terasa ditipu beliau membuat rujukan kepada saudaranya yg mempunyai kelulusan luar negara.(sebenarnya dokumen yg tebal tu hanya dokumen 203a yg memang bahasanya sangat sukar difahami).
       Bayangkan dana berbelas ribu yg dikutip bukan lah sesuatu yg mudah untuk diperolehi dengan membuat kutipan daripada pelajar, bekas pelajar, guru-guru dan orang ramai.
       Dengan melalui 2 pengalaman  pahit dalam melihat pengurusan dana sedekah saya menjadi sangat fobia bila ingin menghulurkan derma untuk tabung-tabung pembinaan sekolah anak yatim dan masjid-masjid. Sye lebih rela dipanggil sebagai penasihat untuk bahagian pembinaan dalam kerja-kerja amal dari memberi wang dan akhirya kepincangan dalam pengurusan akibat jahil walaupun amanah.
     Buat penternak kambing untuk maju dalam bidang ni rajin2 la sedekah dan lihat hasilnya.










No comments:

Post a Comment