Tuesday, December 9, 2014

PENAKUT

Assalamualaikum semua....
Malam tadi aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah kongsi yg baru siap di ladang kambing aku. Memang sudah lama untuk aku berbuat demikian tetapi baru harini rumah kongsi ni siap walaupun semua bahan untuk menyiapkannya hampir 2 bulan tersadai dalam kebun. Pekerja binaan aku sangat sibuk sekarang ni dan hampir 2 bulan diaorang langsung x bercuti kerana kerja memang kebiasaan dihujung tahun banyak sebab jabatan kerajaan nak tutup akaun dan kadang-kadang bajet datang dari tempat lain yg mungkin menolak atau duit lebihan.
       Untuk mengupah tukang bagi binaan rumah kongsi 16x12kaki upah yg diminta lebih kurang rm 1500,tapi bila pekerja aku buat lebih kurang rm500 untuk gaji mereka. Memang murah sebab x masuk gaji aku. Walaupun banyak yang perlu ditambah seperti binaan siling, cat,rak dan sebagainya tetapi buat permulaan memadailah buat setakat ini. Sekurang-kurangnya dapatla gembala aku simpan dedak,ubatan dan sebagainya disini.
       Zaman bujang 20 tahun dulu aku memang suka tidur merata tempat. Aku memang suka melawat kawan-kawan sekampung yg bekerja di sekitar lembah Kelang. Bila datang melawat kawan-kawan biasanya aku suka tidur rumah bujang mereka dan kadang-kala bila ketinggalan bas,maka taman permainan kanak-kanak atau dimana saja aku boleh tidur. Aku pernah tidur di atas bangunan hentian putra dengan berbumbungkan langit. Kehidupan gelandangan begitu memang menjadi lumrah kerana aku seorang yg pokai. Ini kerana aku susah untuk mendapat kerja yg sesuai.(tapi sekarang aku faham sebab sifat nak jadi bos sangat kuat dalam diri sebab tu susah nk kerja ngan org).
        Kini bila dapat tidur di kandang kambing seorang diri kenangan lama mengusik kembali cuma baru aku sedar yg aku sudah menjadi penakut sedikit berbanding dulu. Walaupun kebun ini dipagar sepenuhnya aku merasakan ada binatang buas yg belegar-legar sekeliling kandang walaupun hakikatnya mana ada binatang buas lagi kat gugusan Besout ni. Sesekali kedengaran juga yg kambing batuk agak teruk tetapi keseluruhan kambing dapat bertenang di waktu malam. Terasa salakan anjing memang dekat dengan kandang, sebab hari tu 2 ekor anjing liar masuk kawasan pagar sebab pekerja lupa tutup pagar.
       Dengan hujan renyai-renyai memang nikmat dapat tidur cuma aku terjaga pukul 4 pagi dan teraba-raba mencari jam, maklumlah dengan ketiadaan bekalan elektrik dan lilin pun dah terpadam memang terasa kegelapan malam yg gelita. Teraba-raba mencari lighter untuk menyalakan lilin. Masih terlalu awal lalu aku meneruskan tidur. Sesekali dapat suasana kedamaian begini tanpa astro dan internet memang membahagiakan tapi kalau selalu camni x tau ler...

Putih dengan kelahiran yg ketujuh dan masih
Beranak satu     




Petang pula ibu beranak dua yg keguguran




4 comments:

  1. anggaran kos rumah tu berapa harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah berkira2 antara kontena ke rumah kongsi yang nak buat ni. penin

      Delete
  2. huii bro halim biasa hidup gelandangan. dasat dasat..

    ReplyDelete
  3. Kontena lebih murah klu nak banding ngan kayu. Kayu murah bila boleh bertukang sendiri

    ReplyDelete