Tuesday, December 23, 2014

PAWAH
Bulan January tahun depan kandang kambing Besout (nama kandang belum dapat lagi) akan dibina satu lagi reban dgn ukuran 14 x 100 kaki panjang dan mempunyai kira -kira 25 bilik untuk ibu kambing yg bersalin. Setakat ini tiada pemisahan antara kambing jantan dan betina. Pembinaan untuk fasa kedua ini kami merancang untuk memperkenalkan sistem pawah walaupun kemampuan kami dalam skill perternakan kambing adalah sangat minimum. Setelah lima bulan menternak kambing kami yakin untuk maju setapak lagi dan memilih cabaran yg lebih ekstrem iaitu menjaga kambing milik org lain yg mana tanggungjawab menjadi lebih besar dalam memikul amanah org. Tujuan menjalankan konsep kambing pawah ini adalah untuk membantu org lain yg mungkin berminat dalam pertenakan kambing tetapi menghadapi kesulitan-kesulitan seperti tanah terhad, komitmen dan juga modal yg besar dalam perternakan kambing.
      Melalui fasa pertama dahulu memang ada pelabur yg mahu tanam modal untuk kandang kambing Besout tetapi tanpa pengalaman langsung saya khuatir gagal memberikan pesembahan yg diinginkan. Setelah melalui pahit maung dan skill menternak sudah dimiliki, kami rasa sudah sampai masanya untuk mencuba sesuatu yg baru. Dengan komitmen yg besar dan dibantu oleh rakan rakan ternak yg otai dalam mencurahkan ilmu menternak kambing.

Syarat-syarat  menyertai kambing pawah

1) Peserta kambing pawah berhak melihat buku data-data rekod kambing setiap hari tanpa perlu memberi notis kepada pemilik kandang.

2) Peserta boleh melawat kandang pada bila bila masa tanpa perlu memaklumkan pemilik kandang terlebih dahulu.

3)Peserta hanya boleh meletakkan kambing dari jenis yg dipersetujui bersama dengan pemilik kandang.

4)Semua kos ubatan,makanan dan penjagaan adalah tanggungan pemilik kandang.

5)Jika berlaku kematian kepada kambing peserta pemilik kandang perlu membayar ganti rugi iaitu separuh dari harga kos belian kambing yg dikeluarkan peserta.

6) Cara pembahagian hasil adalah bila anak kambing yg dijual dibahagi samarata.

Ini adalah serba sedikit tentang syarat pawah kambing yg kami perkenalkan....

*****buat permulaan tawaran ini sudah habis sebab kapasiti sgt terhad iaitu dlm 50 ekor sahaja dan dibuka untuk kaum keluarga dan sahabat terdekat shj....Kalau ade yg berminat tggu fasa 3...tapi x tau bila hehehe

No comments:

Post a Comment