Friday, December 5, 2014

KOMPLEN

Assalamualaikum......

Semasa  kecil sya berangan-rangan untuk mengubah dunia ini menjadikannya mengikut acuan sya. Ketika remaja sya rasa kemampuan mengubah dunia adalah sesuatu yg agak mustihil dengan kemampuan diri. Ketika itu sya ingin mengubah negara menjadi lebih baik dan saya sedar bahawa banyak kelemahan diri yg memang tidak mampu berbuat apa-apa. Bila berada di alam dewasa kemampuan angan-angan sya semakin terbatas bila menyedari realiti kehidupan ini ,namun begitu saya yakin boleh menjadi pemain utama dalam mencorakkan daerah Hilir Perak terutamanya kawasan Teluk Intan bilamana saya berada dekat dengan org org yg menguasai khazanah Teluk Intan. Sebenarnya dalam sesebuah daerah bukanlah ramai org yg terlibat untuk mencorakkan keadaan tempat tersebut tetapi mereka kelihatan ramai kerana mereka-mereka ini silih berganti dan persaingan begitu sengit. Akhirnya saya juga merasakan ketidakmampuan saya untuk berada didalam arus yg deras ini.
       Memang mudah untuk kita komplen berbagai perkara yg kita rasa janggal dan tidak masuk akal seperti   pembinaan balai polis di Teluk Intan yang  berada ditengah antara 2 jambatan. Bagaimana jika dua jambatan ini runtuh atau di sabotaj, tentu pasukan polis akan tersekat dan tidak dapat keluar untuk menjalankan operasi. Ini adalah sebahagian contoh yg sangat banyak lagi jika nak di ketengahkan cuma bila sesuatu perkara itu telah terjadi atau telah terlaksana, memang mudah untuk kita mengkritik dan merendah-rendahkan usaha org lain. Banyak faktor-faktor yg mendorong berlaku kejadian yg kita sendiri  memang tidak setuju bila kita berada didalam komiti pelaksana sesuatu projek yg menjolok mata selain kelemahan intergriti.
        Begitu jugalah dengan pembinaan bangunan rumah kedai ditengah bandar Teluk Intan yg menyaksikan beberapa pengorbanan besar yg perlu dilepaskan tetapi mendapat hasil yg tidak berbaloi bilamana tanah milik majlis perbandaran Teluk Intan yg berada betul betul di tengah pekan hanya mampu membangunkan rumah kedai yg tinggi harganya dan kemungkinan besar akan gagal memberi peluang kepada sebahagian besar pengusaha bumiputra untuk berniaga sedangkan jika kompleks beli belah di bangunkan di tapak berkenaan pastilah ramai peniaga bumiputra mampu untuk menyewa disana dan milikan bangunan itu sepatutnya kekal milik majlis bandaran dan tidak perlu dilepaskan kepada pihak swasta.
      Apapun yg berlaku memang mudah untuk mengkritik tetapi untuk menjelmakan  sesuatu yg unggul memang payah untuk dilaksanakan kerna memerlukan banyak tekanan dan pengorbanan. 
     Melalui fasa terakhir iaitu bila hampir mencecah umur 40an saya rasa kemampuan yg tinggal kini hanyalah membangunkan kampung sendiri iaitu gugusan Felda Besout. Buat permulaan tumpuan membiakkan kambing perlulah mencapai tahap maksima dan memerah otak membina fasiliti yg sesuai dalam keadaan dengan  dana yg terbatas. Selain dari dana idea yg kreatif perlu dijelmakan untuk menjayakan misi tersebut. Dengan dana yg ciput serta kesukaran mendapat bantuan modal dari mana mana pihak menjadikan impian ini hampir mustahil, namun begitu inilah angan-angan yg boleh disimpan kerana semua angan -angan terdahulu telah menjadi mustahil. Apa yg menyeronokkan dengan membela kambing ini sya menjadi manusia bebas dari kebergantungan kepada orang berlainan sekali dengan bidang contruction yg memang sentiasa perlu berurusan dengan masyarakat disegenap lapisan. Lebih meletihkan ialah bila kita perlu bersaing bukan atas kapasiti siapa yg boleh memberi khidmat berkualiti tetapi siapa yg pandai melobi(bukan semua keadaan).
      Akan tetapi dalam kekalutan ini rupanya bantal jugek yg sedap tambahan hujan2 ni. Mungkin bila pengkaji British di Tanah Melayu dulu berjumpa org yg seangkatan ngan aku kot sebab tu dia buat kesimpulan yg melayu adalah bangsa pemalas...lantaklah biar angan-angan dibawa mimpi.




DUTI CUCI KANDANG NGAN WATER PRESURE 45 HARI SEKALI.



Kelahiran yg keenam dari kandang 
        

1 comment: