Wednesday, November 19, 2014

KILANG

Assalamualaikum.....

Felda Gunung Besout telah wujud lebih kurang 40 tahun dan jangka masa itu telah berlaku banyak perubahan dari segi kemajuan tanah rancangan dan juga taraf sosial ekonomi peneroka sendiri. Kebanyakan peneroka generasi pertama telah bersara dari bekerja dan rata-rata mereka berumur 60 tahun ke atas. Kebanyakan kerja-kerja ladang dilaksanakan oleh pekerja Indonesia dan Bangladesh dan sebahagian kecil generasi kedua.
     Kewujudan pendatang dengan izin dan tanpa izin di sini mewarnai suasana perkampungan Felda Besout menguntungkan bagi sesetengah pihak seperti peniaga dan juga juragan juragan yg memonopoli kerja seperti memotong sawit, membaja, meracun dan kerja-kerja berkaitan dengan ladang sawit. Pada tahap generasi pertama pendatang asing ini keadaan masih lagi agak terkawal tetapi lama kelamaan bila pendatang asing ini masuk kegenerasi kedua lebih kurang 20 atau 30 tahun lagi barulah nampak kesan yg kurang baik apabila mereka mula memonopoli kerja-kerja ladang. Pada tahap sekarang sepatutnya kerja-kerja strategik ygvmampu dilakukan oleh pekerja tempatan seperti memandu lori, tractor dan sebagainya perlulah dikawal agar semuanya diberi kepada pekerja tempatan.
       Peluang harus dibuka seluas-luasnya untuk generasi kedua Felda kerana ramai dikalangan mereka ini berdaya saing tetapi kurang mendapat peluang dan pendedahan. Bukan semua anak -anak peneroka ini berjaya di bandar besar dan ramai ingin pulang dan berbakti di kampung tetapi peluang yg sangat kurang membantutkan keinginan mereka.
        Walaupun gugusan Besout sudah lama wujud dan membangun hanya ada sebuah kilang sahaja yg ada  iaitu kilang sawit yg dibina oleh pihak Felda.  Pernah dahulu ada kawan saya membuat kilang sarung tangan tetapi atas sebab teknikal beliau gagal. Ada satu lagi kilang memasang bahagian eletronik juga sudah berkubur dan tidak ada lagi selepas itu. Apakah penduduk gugusan besout yang semuanya melayu langsung tidak berkemampuan membina kilang walaupun ramai yg sudah berjaya dalam kerjaya. Apakah kita perlu menunggu sehingga 40 tahun lagi.
        Dengan adanya laluan baru yg menghubungkan Felda  Besout dengan Slim River maka pembinaan kilang Iks di Gugusan Besout adalah sangat praktikal dengan kos tapak yg murah dan buruh yg murah. Saya menjemput rakan -rakan generasi kedua sama -sama memberi idea dan dalam memperkenalkan Besout.
       Sebagai permulaan sy bercadang untuk membuka kilang baja organik untuk tinja najis kambing. Ada kira-kira 6 buah kandang kambing termasuk saya punya dengan kapasiti 300 ekor kesemuanya.(semua penternak kambing disini makan tanggung kecuali kandang sy. Ada mitos bgitau x elok bela sistem gembala.) Dengan kapasiti 300 ekor kambing pengeluaran najis kambing boleh mencecah 10 tan sebulan dan cukup untuk menggerakkan sebuah kilang baja organik. Buat masa sekarang saya masih mencari resepi baja najis kambing. Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya idea ini gugusan Besout akan ada sebuah kilang lagi setelah sekiang lama wujud.
     Semoga saya berjaya merialisasikan projek ini kerana setakat ini kambing yg saya ternak sudah terkawal dan sya telah dapat punca dan berjaya atasi dengan 11 kematian, iaitu 4 keguguran 3 anak kambing dan 4 kambing dewasa. Sekarang ni dah boleh masuk gear dua dan bulan jan kandang baru akan dibina lagi untuk menambah stok kambing. Walaupun target awal telah tersasar untuk cukupkan seratus kambing pada tahun ini.
     
SELAMAT MAJU JAYA BUAT PENTERNAK SEMUA........

3 comments:

  1. idea bernas ni, bagus.
    blog archive ni jadi memanjang la, kenapa ya

    ReplyDelete
  2. Ntah la. Aku mmg x reti buat blog. Ni set up semua anak aku yg buat

    ReplyDelete
  3. bermula dari bwh..stahun gembala kambing,byk pengalaman dan dugaan yg dtempuhi..alhamdulillah brmula dgn 8 ekor induk skrg dh btambah hampir 3 kali ganda..

    ReplyDelete