Friday, November 14, 2014

ASET



Terkadang perit juga melalui liku-liku dalam hidup ini,bila dipuncak pasti ramai teman dan bila dibawah kita pasti di tinggalkan. Ini sebenarnya lumrah kehidupan dan kita telah diberitahu hal ini cuma bila kita melaluinya kita rasa sangat kecewa dan mula mengungkit-ungkit,dulu kita tolong sipulan-sipulan tapi bila kita terjelepuk batang hidung pun entah kemana. Perkara begini sepatutnya tidak berlaku jika diletakkan ikhlas itu dihadapan. Bila tertiarap dilantaipun kita akan rasa keperitan tetapi itu sebenarnya bahgia.
       Dalam dunia materialistik sekarang ini semua orang wajib bergaya walaupun ramai yg terperangkap dengan konsep biar papa asal bergaya. Semua orang mahu dilihat berjaya kerana lumrah kelahiran kita kedunia ini pun kerana   kita berjaya dalam renangan kita mengalahkan berjuta sperma yg lain. Semua orang mahu dilihat berjaya dan dengan keterampilan kereta mewah, tinggal di banglow hebat dan pakaian berjenama sehingga ada orang yg berani takwil jika kita mampu tapi kita x miliki kita ini tergolong orang y
ang kufur nikmat.
       Ukuran bagi kejayaan selalu disukat dengan kejayaan material dan aku sendiri pun bila pakai kereta proton berusia 20 tahun terkadang agak tertekan bila diasak dengan kawan2 dan rasa rendah diri bila mereka bicara masuk bab kereta. Hakikat sebenar memang aku pun teringin untuk memiliki kereta hilux tapi mana nak cekau rm100k. Memang mudah nak bayar wang pendahuluan sebanyak 10% tetapi nak menanggung 7 atau 9 tahun tu yg berat. Dan yg lebih berat lagi nak tanggung dosa riba. Kat sini ramai org kita letakkan permasalahan ini sebagai darurat. Begitu jugalah untuk memiliki rumah kediamanpun mereka berhutang dan menanggung riba dengan alasan darurat walaupun rumah yg dimiliki itu agak mewah. Bila beli guna perbankkan islam bayarannya lebih mahal dari konvesional. Memang pelik keadaan ini kerana sistem Islam dilihat lebih menekan dari kapitalis. Mungkin sebab itu ada  yg menggelarnya backdoor interest.
         Bila masyarakat sudah biasa berhutang dan memiliki sikap x mau kalah,mereka ini mudahlah dimanipulasi oleh kapitalis yg menggalakkan masyarakat hidup biar papa asal bergaya. Itulah sebabnya harga rumah begitu drastik meningkat kerana kelonggaran dibuat untuk masyarakat berhutang dan memiliki apa yg mereka rata-rata memang tidak mampu. Bayangkan jika rumah banyak yg dibina tetapi permintaan kurang. Membeli rumah dengan berhutang selama 30 tahun bukanlah aset sebenarnya, aset bermaksud bila duit masuk dan bukannya duit keluar. Sebab itulah bank2 masih menyewa premisnya kerana merasakan rugi jika membeli bangunan walaupun mereka memiliki kemampuan yang besar.
        Masyarakat kita sangat khuatir jika x dapat memiliki rumah dan sangat risau jika sudah tua nanti nak tinggal dimana tetapi mereka x risau dosa riba yg mereka tanggung sepanjang hayat. 
      Sebagai umat islam kita mesti lawan sistem yg telah berakar umbi dalam masarakat kita ini, salah satu caranya kita menternak kambing atau melabur dalam ternakan kambing. Mungkin ini cadangan yg nampak mengarut tetapi ini sahajalah yg aku mampu buat untuk elakkan riba dalam hidup aku. Kalau berjaya bolehlah aku beli cash rumah nanti atau buat sendiri,jika sebaliknya terpaksalah aku menyewa sampai mati. Hakikatnya bila mati bukan nak bawa aset dalam kubur pun dan yakinlah rezeki itu dari yg Esa, bukannya sebab perancangan kita yg hebat lebih-lebih lagi bila kita terlibat ngan riba. Riba memusnahkan negara.




3 comments:

  1. Nice post,saudara. Terima kasih. Buat saya berfikir panjang. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ikut mata binasa, ikut hati pening ooo.Yang mudah ikut "keperluan aje".Kalau tak perlu jangan ade2kan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah xda hutang lg atas nama sndri kecuali hutang PTPTN..hihi..tp perbankan Islam rasanya ada panel Syariah sndiri jadi lebih yakin guna perbankan Islamik wlaupun diakui kadar lebih tnggi berbanding konvensional..

    ReplyDelete