Friday, June 17, 2016

CAHAYA DIHUJUNG JALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Begitu cepat masa mendatang terus berlalu dan sudah hampir 2 tahun aku berkecimpung dalam bidang ternakan kambing ini.
      Rakan kongsi aku dan juga penjaga kambing telah berhenti awal tahun tadi. Keadaan yg selesa dalam hidup aku menjadi agak tergugat pada mulanya, mana tidaknya dengan adanya mady aku kurang mengambil berat tentang kambing. Hanya bila ada mood sahaja aku akan bersama kambing, itu pun jarang2. Tambahan pula keadaan kambing yg agak lambat untuk membuahkan hasil menjadikan aku agak malas kekandang untuk memantau keaadaan. Aku memang tiada plan b kerana tidak menyangka yg mady akan tarik diri dari menjaga kambing namun alasan yg diberikan memang munasabah dan sebagai rakan karib aku perlu melepaskan walaupun perit pada awalnya.
      Bila mady berenti, aku terpaksa melalui laluan yg sukar kerana terpaksa mencari penjaga baru dan melatih mereka. Menggajikan pekerja indon memang menjadi pilihan terakhir dan hanya jika betul2 terdesak. Aku membuat pilihan untuk tinggal dikandang dan tidak lagi tinggal di teluk intan. Isteri aku yg memang lama dah mahu berkerja kerana bosan setelah hampir 20 tahun menjadi surirumah dan ditawarkan bekerja membantu kakaknya di Ipoh. Memang kakak dia dah lama suruh dia dtg ipoh, umpama org mengantuk disorongkan bantal.
      Kini 4 atau 5 hari aku bermalam di kandang, jumaat dan sabtu biasanya aku di Ipoh dan sekali sekala bermalam di teluk intan jika ada kerja yg memerlukan awal pagi berada di teluk Intan. Kini episod hidup bujang bermula kembali. Paling sukar adalah bab makan kerana aku agak cerewet bab makan. Biasanya makan tengahari aku kurang selesa makan diluar, biarpun isteri masak biasa2 namun masakannya tetap menjadi pilihan. Kedai makan dibesout ni memang x banyak pilihan, itu yg lebih memeningkan kepala bila tiba tengahari. Namun demi masa depan projek kambing ini banyak hal2 yg remeh temeh perlu di ketepikan untuk menjayakannya.
      Dalam keperitan melanda rupanya tuah datang bertimpa. Daripada seorang pembantu kini aku miliki 2 pembantu dan termasuk aku menjadi 3 org. Walaupun mady seorang yg rajin namun banyak juga perkara2 yg dia mungkin terlepas pandang. Kini dengan crew baru dan semangat baru kambing yg ada telah meningkat dengan lebih cemerlang, penjagaan kambing bertambah rapi dan yg menjadi kegembiraan bila melihat kambing sudah mula berkilat. Kesemua ank yg lahir dibawah crew baru semuanya selamat membesar dengan sihat dan cergas.
      Fasa RnD sudah tamat, kini fasa untuk meraih hasil telah bermula. Dengan crew yg baru aku lebih berkeyakinan untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ternakan kambing ini, namun begitu langkah ini baru bermula dan agak ketinggalan jauh untuk menjadi pemain utama dalam ternakan ini.


Sebahagian dari kambing yg sedang meragut mahu berpindah kawasan.




Anak kelahiran yg keenam untuk bulan 5. Kebanyakan ibu beranak seekor kali ini. Anak 3 colour



Ada juga kambing yg suka makan buah sawit. Walaupun tidak banyak ia tetap hak org lain, perlu cari jalan untuk menyelesaikannya.

6 comments:

  1. alhamdulillah kambing makin banyak. tahniah ya bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....byk lagi yg perlu diharungi

      Delete
  2. Tahniah.teruskan usaha..semoga lebih berjaya akan datang.

    ReplyDelete
  3. Terbaik bro... semoga berjaya seterusnya. Saya pun masih mengharapkan tenaga kerja dari abang ipar menjaga bisnes kambing dikampung dan saya cuma sekali sekala turun padang. Nanti boleh share pengalaman uruskan ternakan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Semoga cik Razali juga berjaya...rajin2 la turun kandang untuk bersama kambing

    ReplyDelete